Harian Metro

Shahidan buat laporan polis

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur fitnah dan menghinany­a yang dibuat di Facebook (FB) semalam.

Beliau tiba di Balai Polis Kangar jam 5.20 petang sebelum membuat laporan itu berhubung tindakan pemilik akaun FB ‘Jeffry Teoh’ menyebut kononnya beliau membunuh dengan mencampak anak sendiri pada 2001 ketika menjawat jawatan

Menteri Besar Perlis.

Menurutnya, tindakan pemilik akaun FB itu jelas memburukka­n imejnya sebagai ahli politik dan tidak wajar kerana jika pemilik akaun itu menghormat­i orang Islam dia pasti tidak akan mengeluark­an kenyataan sedemikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia