Harian Metro

Fasha bahagia

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Selesa si dia terima diri, anak seadanya

Kuala Lumpur: Selepas 17 hari dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma, vokalis kumpulan MAY, Mus, 49, mula sedar sepenuhnya dan mampu berkomunik­asi dengan keluarga terdekat dan pelawat. Mus awalnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai lalu akibat demam panas. Dia kemudian dipindahka­n ke ICU Hospital Ampang untuk rawatan lanjut pada 5 Julai lalu.

Pelakon popular Fasha Sandha yang sebelum ini mendedahka­n sedang berkawan dengan seorang lelaki mengakui mereka kini melalui fasa bahagia.

Meskipun belum secara terbuka berkongsi lanjut mengenai hubungan itu, Fasha, 33, selesa untuk mengatakan dia dan jejaka itu berkawan rapat.

“Tempoh perkenalan kami belum setahun. Jika sebelum ini kami sekadar bertanya khabar, sekarang dia sudah berani meluahkan rasa rindu.

“Walaupun saya tidak membalasny­a, dia tahu saya juga mempunyai perasaan sama. Cuma sebagai wanita saya tak nak terlalu bercerita dan perlu jual mahal,” katanya kepada Harian Metro.

Fasha yang juga pelakon drama Lara Aishah berkata, dia dan lelaki itu belum pernah berbicara soal kahwin.

“Tak dinafikan setiap hari kami pasti berhubung dan berkomunik­asi. Namun, belum sampai tahap bercakap soal kahwin.

“Pun begitu, saya puji sikapnya kerana dia sanggup menerima saya dan dua anak. Apatah lagi dia juga sukakan kanak-kanak. Itu sebab saya selesa berkawan dengannya. Namun saya tak nak bercakap lebih-lebih kerana belum tahu apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia