Harian Metro

Kurus dek putus cinta

-

Kuala Lumpur:

Nadzmi Adhwa menjelaska­n perpisahan dengan bekas teman wanitanya tahun lalu sedikit sebanyak memberi kesan dirinya sehingga mengalami penyusutan berat badan secara mendadak.

Dalam masa sama, penyusutan 16 kilogram juga disebabkan tuntutan watak lakonannya untuk filem Safari Mall yang akan menemui penonton tahun depan.

“Selepas berpisah pada Oktober tahun lalu, saya semakin fokus bekerja dan menjaga penampilan. Kebetulan pihak produksi Safari Mall minta saya kuruskan badan dengan berdiet.

“Jadi, dengan ujian yang berlaku serta kurang makan

Pelakon

(gambar)

membuatkan berat badan saya turun dengan cepat. Lagipun, boleh dikatakan setiap hari saya makan sekali saja kerana sibuk dengan komitmen di set penggambar­an,” katanya.

Menurut Adhwa, selepas berpisah dengan wanita yang dikenaliny­a hampir enam tahun itu, dia belum bersedia untuk mencari pengganti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia