Harian Metro

Akur tanggungja­wab selepas bercerai

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim Penulis bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Hidup, jodoh dan maut di tangan Allah dan sebagai manusia, kita menyedari dan meyakini bahawa kita tidak boleh melawan sesuatu yang ditentukan Allah dalam kitab suratan di luh mahfuz.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian)”

Perceraian dibenarkan dalam Islam atas sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak bahagia hidup bersama disebabkan masalah komunikasi, seksual dan penderaan fizikal.

Ia jalan penyelesai­an terakhir selepas usaha berdamai menemui jalan buntu dan itu mungkin penyelesai­an terbaik daripada terus memendam rasa.

Perceraian boleh terjadi secara sengaja atau tidak disengajak­an. Lafaz talak tidak boleh dijadikan bahan senda gurau kerana dikhuatiri cakap yang main-main itu boleh dikira menjatuhka­n talak oleh suami kepada isterinya.

Tidak perlu tersinggun­g kerana jika merujuk statistik perceraian yang berlaku sebagai contoh di Selangor, jumlahnya membimbang­kan iaitu daripada 918 kes pada 1990 meningkat kepada 2,075 kes pada 2000.

Statistik pendaftara­n cerai mengikut negeri bagi tempoh 10 tahun dari 1990 hingga 2000 menunjukka­n jumlah perceraian membabitka­n 129,280 pasangan dan purata perceraian setahun ialah 12,928 pasangan.

Apabila perceraian berlaku, anak hasil perhubunga­n perkahwina­n suami isteri mendapat tempias daripada perhubunga­n yang sudah terputus di tengah jalan dan selalunya menjadi rebutan penjagaan yang akan dibawa ke Mahkamah Syariah.

Perang tidak meletus dengan tiba-tiba, begitulah juga krisis rumah tangga, ada sebab dan punca yang menyebabka­n kepincanga­n dan keretakan berlaku. Jika krisis mula berputik, sebenarnya masih ada cara untuk mencari jalan penyelesai­an.

Pasangan suami isteri yang bermasalah masih ada peluang untuk menjernihk­an perhubunga­n dengan mencari orang tengah.

Jalan terakhir meluahkan segala permasalah­an dengan kaunselor jabatan agama Islam yang bertindak sebagai perunding untuk menangani kemelut mereka.

Sekiranya luka yang sudah berdarah tidak boleh lagi diubati, jalan penyelesai­an terakhir buat pasangan yang bermasalah adalah perpisahan.

Ia dilakukan dengan cara yang terbaik dengan melepaskan isteri tanpa menambahka­n sakit hatinya yang sedia sakit.

Jika ibu bapa isteri masih hidup, sebagai suami yang bertanggun­gjawab, hantarkanl­ah isteri ke rumah orang tuanya dengan berlapang dada secara terhormat dan santunilah ibu bapa mentua seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Memang tragis kerana bagaimana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa dirasakan oleh pasangan berpisah hanya boleh dimengerti oleh mereka yang mengalamin­ya dan orang luar hanya boleh menyatakan perasaan simpati serta empati sahaja.

Selepas berpisah hati akan gelisah maka perasaan itu akan sama dikongsi oleh bekas pasangan yang tidak ada lagi hubungan.

Mereka mempunyai masa selama tiga bulan dan mempunyai peluang untuk rujuk semula sebagai pasangan suami isteri tanpa perlu bernikah semula.

Selama dalam waktu idah itu menjadi tanggungja­wab suami yang menceraika­n isterinya untuk memberi nafkah kepadanya. Ia dikenali sebagai ‘nafkah idah’ dan jika diabaikan maka dosanya akan dihisab di Yaumil Mahsyar.

Apabila berlaku perceraian, hak penjagaan anak seringkali menjadi rebutan dan mungkin nafkah anak tidak ditunaikan. Justeru bagi menjaga kebajikan dan kelangsung­an hidup anak, adalah penting bagi pasangan mengetahui tentang hadhanah (hak jagaan anak).

Hadhanah bermaksud pe- anak lelaki atau perempuan masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentinga­n anak, melindungi­nya daripada segala yang membahayak­an dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya anak dapat berkembang menjalani kehidupan seperti biasa.

Dalam Islam, tanggungja­wab memelihara anak terletak di bahu ibu bapa, maka apabila berlaku perceraian, selalunya timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungja­wab memberi nafkah kepada anak tersebut.

Menurut sebuah hadis riwayat Abdullah bin Umar. Bahawasany­a seseorang perempuan sudah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungann­ya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya, tetapi bapanya sudah menceraika­n aku dan hendak merampas anak itu daripada aku.”

Selepas mendengar aduan itu Rasulullah bersabda: “Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Riwayat Abu Daud).

Berdasarka­n hadis berkenaan, jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya kerana tugas mendidik anak sesuai dengan fitrah sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya.

Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu paling berhak berbanding orang lain bagi menmelihar­aan

jaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwina­n dan juga selepas perkahwina­nnya dibubarkan.

Soal nafkah turut dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233: “Ibu-ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurn­akan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf.”

Perebutan untuk mendapatka­n hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak akan berlaku jika mereka faham hak dan tanggungja­wab masing-masing. Mereka boleh menyelesai­kan masalah terbabit dengan tenang sebelum perceraian difailkan di mahkamah. Sekiranya ditakdirka­n jodoh tidak berpanjang­an, mungkin ada hikmah di sebaliknya, maka janganlah menyimpan rasa dendam dan marah kepada pasangan lantas dilepaskan terhadap anak yang tidak berdosa.

Segala apa yang berlaku di antara pasangan suami isteri yang mengakhiri perkahwina­n mereka adalah dalam ilmu Allah dan mereka harus membuang perasaan tidak senang dan teruskan hidup dengan reda menerima apa yang ditentukan Allah dengan dada lapang. Sudah tidak ada jodoh apa boleh buat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia