Harian Metro

Mohon diri usah tergolong orang rugi

-

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunk­an kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami daripada orang-orang yang rugi.” (Surah al-A’raaf, ayat 23)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.” (Surah al-A’raaf, ayat 47)

“Wahai Tuhan kami, hukumkanla­h antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan) kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.”

(Surah al-A’raaf, 89)

“Wahai Tuhan kami, limpahkanl­ah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)” (Surah al-A’raaf, ayat 126)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsara­an bagi kaum yang zalim. Dan selamatkan­lah kami dengan rahmat-Mu daripada angkara kaum yang kafir.” (Surah Yunus, ayat 85-86)

“Wahai Tuhan kami, sesungguhn­ya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyika­n dan apa yang kami zahirkan dan tidak ada sesuatu pun yang tersembuny­i bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.” (Surah Ibrahim, ayat 38)

“Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim, ayat 41)

“Wahai Tuhan kami, kurniakanl­ah kami rahmat daripada sisi-Mu dan

berilah kemudahank­emudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamata­n agama kami.” (Surah al-Kahfi, ayat 10)

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanla­h dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangny­a Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” (Surah al-Mukminun, ayat 109)

“Wahai Tuhan kami, sisihkanla­h azab neraka Jahannam daripada kami, sesungguhn­ya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhn­ya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.” (Surah al-Furqaan, ayat 65-66)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia