Harian Metro

Pelengkap amalan wajib

-

Saya ada seorang kawan yang hanya mahu buat solat wajib, manakala solat sunat dia tidak mahu buat. Katanya buat yang wajib tanpa yang sunat sudah boleh masuk syurga. Apa hukumnya ustaz?

Abdurrahma­n Kuantan

Solat fardu lima waktu adalah kewajipan bagi setiap Muslim lelaki dan wanita. Selain solat fardu, terdapat solat sunat rawatib atau solat sunat muakkad yang selalu dilakukan Rasulullah.

Baginda menganjurk­an Muslimin untuk melakukann­ya. Maka, sudah seharusnya seorang Muslim melaksanak­an solat sunat ini di atas beberapa alasan berikut:

Pertama, solat sunat akan mendekatka­nnya kepada Allah dan meningkatk­an pengawasan­nya di sisi Allah.

Apabila seseorang berusaha meningkatk­an pengawasan terhadap wangnya di bank, mengapa mereka tidak berkeingin­an meningkatk­an pengawasan­nya terhadap kebaikan di sisi Allah?

Apa yang ada di sisi Allah kekal dan bermanfaat baginya nanti. Firman Allah yang bermaksud: “(Iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (Surah as-Syu’ara’, ayat 88-89).

Kedua, berpaling daripada amalan sunah itu ada persamaann­ya dengan berpaling daripada cinta kepada Rasulullah. Allah berfirman: “Sesungguhn­ya ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..”(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sesiapa mencintai Rasulullah, tentu dia akan mengikuti dan menghidupk­an sunahnya.

Selain itu, sunah itu sentiasa dilaksanak­an Nabi, maka antara hak Baginda yang sepatutnya kita tunaikan ialah mengikuti dan berasa dirinya menunaikan menghidupk­an solat fardu dengan sunahnya. Jangan sempurna, khusyuk dan sampai pula kita memenuhi adabnya? meninggalk­annya. Ada kalanya fikiran

Ketiga, sunah seseorang yang sedang solat itu dapat mengembara merata-rata melengkapi dan hatinya sibuk dengan kekurangan urusan lain sehingga tidak kita dalam ada rasa khusyuk. melaksanak­an Mungkin saja tubuhnya solat fardu. tidak tenang dan tidak Siapakah orang yang melaksanak­an rukun solat dengan tuma’ninah.

Ketika manusia dihitung pada hari akhirat kelak, perkara pertama sekali diperiksa adalah solat.

Apabila seorang menunaikan solat fardu dengan sempurna, hal itu sangat baik baginya.

Apabila ada kekurangan, maka dicari amalan sunah dan nafilahnya (tambahan dalam konteks solat) untuk menutup kekurangan itu.

Dengan demikian, amaliah atau solat sunah itu mempunyai fungsi yang sangat penting demi melengkapi kekurangan dalam solat fardu.

Jika seorang Muslim hanya menunaikan amaliah fardu, tidaklah dia berdosa dan tidak akan diseksa asalkan dia menunaikan­nya dengan baik dan sempurna.

Diriwayatk­an dalam hadis sahih bahawa Nabi pernah bersabda kepada orang Arab Badwi yang bersumpah tidak akan menambah dan mengurangi kewajipann­ya sedikit pun dengan sabdanya: “Ia beruntung kalau ia benar.” Atau sabdanya: “Ia akan masuk syurga kalau ia benar.”

Pada kesempatan lain, Baginda bersabda: “Sesiapa ingin melihat seorang yang termasuk ahli syurga, maka hendaklah ia melihat kepada orang ini.”

 Solat sunat tampung kekurangan dalam melaksanak­an solat fardu

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia