Harian Metro

Dunia penjara orang mukmin

-

Bukhari dan Muslim).

Orang-orang beriman yang akan menjadi penduduk syurga kelak, sebaik memasuki syurga mereka mahu melihat keadaan orang-orang yang dimasukkan ke neraka.

Mereka kemudian menyapa penduduk neraka sepertiman­a digambarka­n dalam surah al-A’raaf, ayat 44 yang bermaksud: “Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: “Sesungguhn­ya kami telah dapati apa yang dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga dapati apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?” Mereka menjawab: “Benar ada.” Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: “Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim.”

Penduduk syurga turut berdialog dengan penduduk neraka Saqar dan bertanya: “Apakah yang menyebabka­n kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam orang yang mengerjaka­n solat. Kami tidak pernah memberi makan orang miskin. Kami dahulu selalu memperkata­kan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkata­kannya. Kami sentiasa mendustaka­n hari pembalasan. Sehingga kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini.” (Surah al-Mudassir, ayat 42 hingga 47).

Penduduk neraka akan diberi makan buah zakum iaitu buah pohon yang keluar dari dasar neraka dalam keadaan menyala-nyala.

Selepas memakan buah itu, mereka diberikan minuman yang amat panas. Itu hukuman yang akan dihadapi oleh golongan yang tidak menerima kebenaran al-Quran dan sunah ketika di dunia.

Selain itu, Allah juga memberikan ganjaran ‘bonus’ kepada penghuni syurga apabila dapat memandang wajah-Nya.

Imam Ghazali di dalam ringkasan Ihya’ Ulumiddin menjelaska­n, memandang wajah Allah di syurga adalah darjat kenikmatan yang tertinggi.

Sebab itu Nabi menyebut dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

Begitu banyak ayat Allah yang mengingatk­an manusia bahawa dunia ini tidak ubah seperti permainan dan senda gurau.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.” (Surah al-An’am, ayat 32).

Begitu hakikat kehidupan dunia yang hanya menipu pandangan mata. Waktunya singkat, kesenangan­nya pula terbatas dan segala kenikmatan yang diperoleh hanya untuk seketika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia