Harian Metro

70 peratus hidup selesa

-

 Kajian dapati belia seluruh negara gembira tinggal bersama keluarga

Tinjauan pendapat awam dijalankan Kajidata Research Sdn Bhd baru-baru ini mendapati lebih separuh daripada belia Malaysia selesa dengan kehidupan mereka.

Seramai 1,000 belia berusia 21 hingga 35 tahun daripada semua kumpulan terbabit dalam tinjauan yang dibuat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Hasil tinjauan menunjukka­n 70 peratus daripada responden gembira tinggal bersama keluarga. Daripada jumlah itu, 56 peratus menyatakan mereka berpuas hati dengan keadaan rumah masing-masing.

Majoriti responden bersyukur kerana kehidupan lebih baik berbanding apa yang dilalui golongan belia 15 hingga 20 tahun lalu daripada segi peluang pendidikan apabila kurang sedikit daripada separuh mengakui, tahap kehidupan Malaysia meningkat dalam tempoh sama.

Mengenai isu pekerjaan, 44.5 peratus berpuas hati dengan pekerjaan mereka, tetapi 70 peratus tidak gembira dengan pendapatan yang diterima.

Mereka percaya pendapatan lebih tinggi penting untuk membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Sekitar 38 peratus bersetuju semakin kurang peluang pekerjaan menawarkan gaji tinggi berbanding 10-15 tahun lalu.

Penasihat Kajidata, Prof Datuk Seri Dr

Syed Arabi Idid berkata, kajian dibuat menunjukka­n 94.2 peratus belia mengikuti perkembang­an di negara ini dan yang paling menjadi perhatian mereka ialah keperluan asas, sementara perkara lain seperti politik dan isu semasa berada di kedudukan paling bawah.

Wang, kos sara hidup yang tinggi termasuk kenaikan harga barangan keperluan asas serta hutang adalah perkara yang menjadi perhatian berat separuh daripada responden.

Golongan belia ini juga dapat membezakan isu sebenar yang memberi kesan kepada mereka dan bagaimana ia menjejaska­n kualiti kehidupan secara umum dan perkara lain tidak berapa penting. Bagaimanap­un, mereka ini yakin dengan masa depan mereka.

Dalam membuat rumusan hasil tinjauan ini, Prof Syed Arabi menyatakan meskipun golongan belia sedar cabaran masa kini terutama ekonomi, mereka optimis dengan kesejahter­aan masa depan mereka. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia