Harian Metro

Tambah 6,000 vaksin rabies

-

Marang: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menambah 6,000 vaksin mencegah rabies atau penyakit anjing gila ke Sarawak semalam bagi membendung gejala itu daripada menular ke tempat lain.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah itu tambahan kepada 13,000 vaksin yang dihantar sebelum ini, menjadikan keseluruha­nnya 19,000.

“Saya tidak boleh terima hakikat penyakit masalah dunia ketiga itu berlaku hari ini tanpa kawalan seterusnya menyebabka­n kematian manusia.

“Sepatutnya penularan wabak rabies dikawal pada peringkat awal melalui kemudahan perubatan moden dan tidak merebak seperti sekarang.

“Justeru, saya meminta semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) bekerjasam­a menangani gejala itu,” katanya selepas Majlis Perasmian Kilang Padi Bukit Kor di Kilang Pemprosesa­n Makanan PRM Food dan Marketing (PRM) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Pengarah Urusan PRM Ramli Muda.

 ??  ?? AHMAD Shabery (kiri) melawat kawasan kilang sambil ditemani Pengarah Urusan PRM Food & Marketing Sdn Bhd, Ramle Muda (dua dari kiri).
AHMAD Shabery (kiri) melawat kawasan kilang sambil ditemani Pengarah Urusan PRM Food & Marketing Sdn Bhd, Ramle Muda (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia