Harian Metro

Terbit drama cegah rasuah

-

Cyberjaya: Suntik mesej pencegahan dan banteras rasuah selain papar usaha cekal pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas.

Itu antara mesej ingin diketengah­kan SPRM dan syarikat penerbitan filem, Fantasy Films Sdn Bhd menerusi drama bersiri 13 episod bertajuk Banteras yang akan memulakan siri penggambar­annya September ini.

Majlis pelancaran drama bersiri itu disempurna­kan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semalam, selain dihadiri Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Salleh dalam ucapannya berkata, beliau berharap penyebaran mesej anti rasuah menerusi medium drama diteruskan sebagai agenda tetap ke arah memberi kesedaran dan didikan kepada rakyat mengenai bahaya gejala berkenaan.

Menurutnya, drama bersiri arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar itu diharap dapat membawa mesej antirasuah yang berkesan kepada masyarakat.

“Drama itu memaparkan usaha cekal pegawai SPRM dalam menyelesai­kan kes rasuah,” katanya.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan drama seperti ini dan ia selaras dengan gerak kerja SPRM yang aktif memberi kesedaran tentang kepentinga­n menentang rasuah kepada rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia