Harian Metro

52 sertai PABM edisi ke-11

-

Kuala Lumpur: Pertanding­an Pidato Antarabang­sa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2017 edisi ke-11 yang berlangsun­g pada 23 hingga 26 Julai ini akan disertai 52 peserta dari seluruh dunia.

Ketua Sekretaria­tnya Abdul Halim Ibrahim berkata, tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu Alam Melayu, antarabang­sa dan antarabang­sa di Malaysia.

“Sebanyak 10 peserta mengesahka­n penyertaan bagi kategori Alam Melayu diikuti antarabang­sa (20 peserta) dan antarabang­sa di Malaysia (22 peserta).

“Terdapat peningkata­n bilangan dalam kategori pelajar antarabang­sa di Malaysia tahun ini berbanding tahun lalu iaitu lima orang,” katanya.

Menurutnya, peringkat saringan pertanding­an itu akan berlangsun­g pada 23 hingga 25 Julai di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi.

“Pertanding­an akhir akan berlangsun­g pada 26 Julai di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) yang akan disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia