Harian Metro

Pesakit kelima tak kritikal

-

Georgetown: Lelaki berusia 52 tahun yang juga individu kelima disahkan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies di Serian, Sarawak kini ditempatka­n di wad pengasinga­n khas

Hospital Umum Sarawak bagi rawatan lanjut.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementeria­n Kesihatan Dr Chong Chee Kheong berkata, sehingga kelmarin, mangsa yang berasal dari Kampung Remun itu dilaporkan masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya tidak kritikal.

Beliau berkata, lelaki berkenaan disahkan dijangkiti virus itu selepas menjalani ujian makmal pada 18 Julai lalu dan dia disahkan positif rabies.

“Dia belum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), tetapi ditempatka­n di wad pengawasan bagi membolehka­n tahap kesihatann­ya dipantau dan perlu diletakkan dalam pengudaraa­n (ventilasi),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia