3 koperasi bergabung anjur majlis Aidilfitri
Lumpur: Majlis Mesra Ria Aidilfitiri 2017 berjaya menghimpunkan tiga badan koperasi meskipun berlainan entiti dan pengurusan membabitkan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (UKHWAH), Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (Kobeta) dan Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad (KoPuteri).
Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Ukhwah Razman Rahim berkata, majlis berkenaan menghimpunkan ahli daripada tiga koperasi dan rakan perbankan meliputi 600 jemputan.
“Inisiatif menyatukan tiga koperasi berkenaan bagi menyahut seruan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.
“Gabungan koperasi dibuat dari segi pembahagian tugas dan pasaran tempatan mengikut kekuatan koperasi masing-masing,” katanya.