Harian Metro

Padah buat bising dalam balai polis

-

Tindakan seorang pengarah syarikat produk makanan membuat bising dan berkelakua­n tidak senonoh di dalam balai polis mengakibat­kan dia didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, semalam.

Majistret Atiqah Abdul Karim @ Husaini menjatuhka­n hukuman itu terhadap K Vijaymanis­egar, 37, yang mengaku bersalah.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dikenakan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa merusuh dan berkelakua­n tidak senonoh di pejabat pertanyaan Balai Polis Petaling Jaya, di sini, jam 8.21 malam, pada 23 Jun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia