Harian Metro

Kenal pasti lokasi panas

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Mengenal pasti lokasi panas sebenarnya satu teknik yang perlu diketahui setiap pembeli atau pelabur bidang hartanah.

Kebiasaann­ya, pembelian hartanah bagi kebanyakan orang menjadi pelaburan paling mahal dalam hidup, sekali gus membeli hartanah di lokasi tidak strategik akan menyukarka­n pembeli terutama jika ingin menyewakan atau menjualnya nanti.

Orang ramai dijemput datang dan mendengar taklimat hartanah, iaitu sebahagian daripada pengisian Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar pada 4 hingga 6 Ogos ini.

Pameran yang dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam itu menawarkan pelbagai projek perumahan dan komersial yang dibangunka­n beberapa pemaju hartanah terkenal di kawasan utara. MyRumah dilihat sebagai platform terbaik untuk orang ramai mendapatka­n maklumat terkini tawaran serta panduan daripada pakar hartanah.

Antara topik menarik lain yang akan dibincangk­an ialah pasaran hartanah di Malaysia dan prospek hartanah sepanjang 2017 bersama strategi, tip serta panduan untuk pelaburan dan penyewaan hartanah.

Seramai 30 penceramah dan pakar hartanah akan menyampaik­an taklimat dan menyertai forum pada pameran itu, antaranya Naib Presiden Kanan Kumpulan Aladdin, Datuk Seri Dr Vincent Tiew dan pengasas Hartanahgu­ru.com, Abdul Aziz Ahmad.

 Pelabur perlu ketahui kedudukan strategik hartanah sebelum pembelian

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia