Harian Metro

Buka kertas inkuiri

-

Ipoh: Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) membabitka­n kes dua anggota Balai Polis Sentral Ipoh yang ditahan selepas didapati cuba membawa masuk barang larangan ke dalam lokap, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal itu ditahan di dalam sebuah kereta di pekarangan balai berkenaan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigak­an.

Difahamkan, pemeriksaa­n dijalankan ke atas tubuh badan anggota itu tidak menemui barang salah sebelum pemeriksaa­n kemu- dian dijalankan di dalam kenderaan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata, pemeriksaa­n di dalam kenderaan menemui dua plastik sampah mengandung­i pelbagai barangan dipercayai cuba dibawa masuk ke dalam lokap. Menurutnya, antara barangan yang ditemui ialah bateri, rokok, minuman botol, coklat, ubat gigi, kek, daun terup dan beberapa barangan lain.

“Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka bagi siasatan dijalankan sebelum polis mengklasif­ikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaia­n,” katanya dalam satu kenyataann­ya, di sini, semalam.

 ??  ?? GAN
GAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia