Harian Metro

Hentam gostan...

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Seorang penuntut jurusan undang-undang sebuah universiti swasta yang video pergaduhan­nya tular di media sosial berpunca daripada kemalangan Khamis lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, semalam, atas pertuduhan melakukan khianat dengan melanggar kereta seorang lelaki.

S Simran Singh, 27, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan mengundurk­an kereta dan melanggar bahagian bumper hadapan sebelah kiri kereta yang dipandu Mohd Kamil Mokhtar, 49.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Pahang menghala Jalan Genting Klang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 13 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Jasbeer Singh Kaura.

Terdahulu pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Bagaimanap­un, Jasbeer memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan tertuduh sedang melanjutka­n pengajiann­ya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Melalui video berdurasi 1 minit 14 saat yang dimuat naik pada 16 Julai lalu di Facebook, dua lelaki dilihat bergaduh sejurus kemalangan berlaku, manakala beberapa penunggang motosikal mententera­mkan keadaan.

 Penuntut tak mengaku langgar kereta lepas gaduh

 ??  ?? SIMRAN (tengah) yang didakwa atas pertuduhan khianat ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
SIMRAN (tengah) yang didakwa atas pertuduhan khianat ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia