Harian Metro

Suri rumah didakwa bunuh ibu

-

Jelebu: Seorang suri rumah sugul dan hanya menundukka­n kepala ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh ibunya, bulan lalu.

Tertuduh, M Chinnammah, 52, mengganggu­k faham apabila pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh ibunya, M Pichai, 70, di rumah wanita terbabit di Pekan Jelai, Bahau, antara jam 11.30 pagi hingga 5.20 petang, pada 30 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah kemudian menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia