Harian Metro

7 September dengar permohonan saman

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 7 September ini untuk mendengar permohonan saman yang dikemukaka­n oleh Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waythamoor­thy bersama 18 individu lain terhadap pendakwah antarabang­sa Dr Zakir Naik.

Hakim Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam semua pihak di kamarnya di sini.

Peguam S Karthigesa­n hadir mewakili Waythamoor­thy dan 18 yang lain manakala peguam Adnan Seman hadir bagi mewakili Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarka­n permohonan Ibrahim untuk menjadi pencelah dalam saman itu.

Pada 1 Mac lalu, 19 individu itu memfailkan saman menuntut perisytiha­ran bahawa Dr Zakir sebagai ancaman kepada keselamata­n negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Mereka menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia