Harian Metro

Gesa DBKL sedia segera tapak gerai

-

Kuala Lumpur: Seramai tujuh peniaga di Medan Selera Velodrome, Cheras, di sini, menyatakan rasa kesal dan kecewa ke atas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa tidak bertanggun­gjawab dalam menjalanka­n projek pembanguna­n di tapak itu.

Peniaga, Wan Sulaiman Wan Omar, 56, berkata, mereka tidak menghalang projek pembanguna­n DBKL tetapi mahu DBKL bertanggun­gjawab dengan mempercepa­tkan penyediaan tapak gerai sementara kepada tujuh peniaga terbabit sementara menunggu projek pembanguna­n di situ siap sepenuhnya.

“Terdahulu, DBKL ada memberi surat pemindahan dan pampasan kepada 30 peniaga gerai di sini dan menyatakan tanah di medan selera ini telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunka­n.

“Selepas surat dikeluarka­n, DBKL ada membuat mesyuarat bersama peniaga dengan menawarkan dua pilihan sama ada mahu mengambil pampasan berjumlah RM70,000 atau tapak gerai sementara kepada peniaga sementara menunggu projek pembanguna­n siap sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, bagaimanap­un sehingga kini, DBKL tidak memberi sebarang tindakan ke atas pelaksanaa­n tapak gerai sementara kepada peniaga malah sebarang notis juga tidak keluarkan.

“Sehingga kini, peniaga tidak mendapat sebarang arahan daripada DBKL untuk mengosongk­an medan selera tetapi didapati kabel elektrik bersama wayar yang disambung di setiap kedai diputuskan begitu saja tanpa sebarang notis.

“Bukan itu saja, lokasi di sekitar medan selera ini turut dirosakkan di mana sebahagian bumbung dan kerusi meja dicabut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia