Harian Metro

Terlepas azab ‘hamba abdi’

- Kalidevi Mogan Kumarappa am@hmetro.com.my

 Anggota imigresen selamatkan 14 warga Bangladesh dijual rakan senegara

Tiga warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang mengatur kemasukan rakan senegara ke sini ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas dikesan mengurung 14 hamba abdi di dalam dua bilik kecil.

Dalam operasi jam 5 pagi semalam, anggota imigresen menyelamat­kan semua mangsa yang dikunci di dalam premis terletak di Ampang, di sini.

Siasatan mendapati tiga warga Bangladesh itu mengatur kemasukan rakyat negara itu ke Malaysia dan mengawal premis itu bagi pihak tertentu.

Serbuan dilakukan susulan maklumat awam dan risikan itu dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Perisikan Operasi Khas Dan Analisa Jabatan Imigresen, Putrajaya dibantu pasukan daripada Bahagian Operasi Siasatan dan Pendakwaan jabatan sama.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ketika serbuan, premis didapati berkunci dari luar dipercayai bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Keadaan itu memaksa pasukan operasi memecahkan pintu utama untuk masuk.

“Pasukan operasi menemui semua mangsa ditempatka­n di dalam dua bilik berasingan dengan keadaan berhimpit dan sesak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menemui 20 telefon bimbit milik semua mangsa dalam bilik serta wang tunai RM28,500 ditemui disimpan seorang suspek yang ditahan.

 ??  ?? WARGA Bangladesh yang diselamatk­an imigresen ketika serbuan di Ampang, semalam.
WARGA Bangladesh yang diselamatk­an imigresen ketika serbuan di Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia