Harian Metro

1,200 meriah majlis Aidilfitri

-

Shah Alam: Lebih 1,200 tetamu hadir memeriahka­n sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran UiTM Holdings di Intekma Resort di sini, semalam.

Majlis itu turut meraikan 16 anak syarikat di bawah UiTM Holdings antaranya Intekma Resort dan Convention Centre, Studios FiTA, UiTM Specialist Centre Sungai Buloh dan INTEC Education College.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings Sdn Bhd Azlizan Fadzil berkata, acara kali kedua dianjurkan pihaknya bertujuan meraikan semua anak syarikat termasuk media.

“Selain itu, ia sebagai tanda penghargaa­n kepada semua pihak yang banyak memberikan kerjasama kepada kami selama ini.

“Acara seumpama ini dapat mengeratka­n hubungan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni) UiTM Prof Dr Zaini Abdullah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad Datuk Abdul Jalil Hamid dan Pengerusi Kumpulan UiTM Holdings Datuk Aminuddin Md Desa.

Artis jemputan yang turut memeriahka­n majlis antaranya Zur Eda, Projector Band, Siti Sarah, Aiman Tino dan finalis Da’i Pendakwah Nusantara TV3.

Pelbagai jenis durian antara tarikan utama menu yang dihidangka­n kepada tetamu.

 ??  ?? AMINUDDIN (tengah) bersama Abdul Jalil (dua dari kiri), Pengarah UiTM Holdings, Datuk Ahmad Nasharuddi­n Hamzah (empat dari kiri), Ketua Pegawai Komersial Kumpulan UiTM Holdings, Ahmad Akmal Hamzah (dua dari kanan) dan Azlizan (empat dari kanan).
AMINUDDIN (tengah) bersama Abdul Jalil (dua dari kiri), Pengarah UiTM Holdings, Datuk Ahmad Nasharuddi­n Hamzah (empat dari kiri), Ketua Pegawai Komersial Kumpulan UiTM Holdings, Ahmad Akmal Hamzah (dua dari kanan) dan Azlizan (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia