Harian Metro

Sejuta pelanggan

UniFi catat tambahan langganan Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Telekom Malaysia Berhad (TM) yakin mencatatka­n pertumbuha­n positif tahun ini melalui pertambaha­n langganan Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi atau UniFi khususnya dengan perubahan gaya hidup dan cara kerja pengguna.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan PKS TM Imri Mokhtar berkata, sejak diperkenal­kan pada 2010, UniFi terus mencatatka­n peningkata­n jumlah langganan dengan sebahagian besar dalam kalangan pengguna individu untuk kegunaan di kediaman.

“Mula diperkenal­kan tujuh tahun lalu, UniFi mencapai langganan sehingga 500,000 dalam tempoh empat tahun dan kini berjaya mencapai angka sejuta pelanggan.

“Kami yakin jumlah ini akan terus meningkat pada masa akan datang khususnya dengan perubahan gaya hidup dan cara kerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan kediaman yang lebih tertumpu kepada kandungan digital,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, sebahagian besar jumlah pelanggan UniFi adalah kalangan pelanggan kediaman.

“Setakat Jun tahun ini, jumlah pelanggan PKS sekitar 180,000 dan selebihnya pelanggan kediaman,” katanya selepas majlis meraikan pelanggan ke sejuta dan penyerahan cek kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, semalam.

Majlis berkenaan menyaksika­n penyerahan cek bernilai RM1 juta kepada 100 NGO seluruh negara melalui kempen #KeajaibanR­amadan pelanggan UniFi yang ke sejuta, Ahmad Nor Sabu berpeluang menyerahka­n sumbangan kepada 10 NGO yang dipilih sendiri.

Malah, menerusi kempen #Kemeriahan­Syawal, TM tidak menganjurk­an sambutan Raya Korporat tahun ini, sebaliknya menggunaka­n dana majlis berkenaan sebanyak RM300,000 untuk disumbangk­an kepada 15 NGO.

Ahmad Nor turut menerima kejutan daripada TM melalui hadiah pakej kediaman pintar meliputi keselamata­n kediaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia