Harian Metro

Model Kia Rio generasi ke-4 untuk pemandu muda

-

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd menyasarka­n pemandu muda aktif dan urban untuk memiliki generasi keempat All-New Kia Rio yang dilancarka­n, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza

Corporatio­n Holdings Sdn Bhd (Automotive Group) Datuk Samson Anand George berkata, ia adalah model terbaik untuk pemanduan bandar setiap hari, selain penjimatan bahan api yang cekap.

“Sebelum ini, Kia Rio generasi ketiga menjadi pilihan sebagai kenderaan kegunaan harian penduduk bandar. Pelancaran generasi keempat model ini diharap meluaskan jualan Kia Rio, selain menarik perhatian pemandu baru,” katanya pada majlis pelancaran model itu, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Syarikat Naza Kia Malaysia, Nazman Yusof.

Beliau berkata, walaupun Rio adalah model hatchback, namun generasi keempat itu menawarkan keluasan, gaya dinamik dan premium.

“Model hatchback antara model jualan global Kia terlaris, selain memenangi anugerah rekaan terbaik dalam iF Design Award 2017.

“All-New Kia Rio mendapat reaksi positif daripada pengamal media automotif seluruh dunia terutama rekaan segar dan matang,” katanya sambil menambah, pihaknya menyasarka­n jualan 100 unit Rio sebulan dan optimis mencapai 5,100 unit kenderaan Kia tahun ini.

Kia Rio dijana enjin 1.4L MPI DOHC dengan transmisi D-CVVT. Selain bumbung suria, kenderaan itu turut dilengkapi enam beg udara, ABS, ESC dan HAC pada harga RM79,888 tanpa insurans. Empat warna ditawarkan iaitu putih, merah, biru dan perak.

 ??  ?? MODEL All-New Kia Rio generasi ke-4 yang dilancarka­n.
MODEL All-New Kia Rio generasi ke-4 yang dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia