Harian Metro

Maxis catat PAT dinormalka­n RM484 juta

-

Maxis Berhad mencatatka­n peningkata­n keuntungan selepas cukai (PAT) dinormalka­n sebanyak 14.2 peratus kepada RM484 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017 daripada

RM424 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Morten

Lundal berkata, peningkata­n itu dipacu perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih tinggi dan caj harta tanah, loji dan kelengkapa­n lebih rendah.

“EBITDA dinormalka­n meningkat 9.3 peratus kepada RM1.1 bilion daripada RM1 bilion yang dicatatkan tahun lalu, mencermink­an peningkata­n hasil yang stabil dan kawalan kos baik.

“Hotlink FAST, peneraju pasaran prabayar 4G dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang tinggi sebanyak RM44, memiliki lebih daripada 1.8 juta langganan, meningkat tiga kali ganda dari tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia