Harian Metro

Architalen­t platform utama lahir bakat dalam industri seni bina ‘Rumah’ Ferrari RM3j

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Architalen­t yang dianjurkan sempena Pameran Seni Bina, Hiasan Dalaman dan Bangunan Antarabang­sa Malaysia Ke-18 (ARCHIDEX 2017) memainkan peranan penting sebagai platform utama dalam melahirkan bakat dalam industri seni bina negara.

Presiden CIS Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim berkata, pertanding­an mencari bakat dalam sektor seni bina itu dijalankan dengan penyertaan 20 finalis selepas menerima 70 penyertaan daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Beliau berkata, Architalen­t yang diadakan pada setiap tahun itu membuktika­n ia adalah ruang istimewa yang diberikan dalam mencari bakat baru dalam kalangan pelajar dari fakulti dan pusat pengajian seni bina tempatan.

“Pelajar IPT adalah golongan dengan bakat yang sedang berkembang baik dan mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada industri seni bina dan reka bentuk bangunan pada masa depan.

“Seperti sesebuah struktur, asas yang kuat adalah kunci kepada setiap bangunan yang kukuh. Begitu juga dengan bakat baru ini di mana mereka perlu digilap dan diberikan pendedahan awal dengan dunia sebenar seni bina,” katanya pada majlis pembentang­an finalis Architalen­t, semalam.

Naza Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi kereta Ferrari di negara ini memperuntu­kkan RM3 juta untuk pembukaan ruang pameran terbaru di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasinya Farid Sulaiman berkata, ruang di Naza Plantinum Park itu bakal dibuka pada penghujung September depan mempamerka­n model terkini daripada Ferrari bagi mengukuhka­n jenama supercar itu di negara ini.

“Sesuai dengan golongan sasar pembeli, lokasi ini juga sesuai sebagai ruang pameran model mewah Ferrari serta menawarkan gaya hidup dan aktiviti kepada pemiliknya secara eksklusif,” katanya.

Selain ruang pameran, Naza Italia juga akan

 Naza Italia buka ruang pameran baru di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur

melancarka­n model paling pantas Ferrari 812 Superfast dengan enjin V12 pada suku tahun ketiga 2017 sebagai pengganti kepada model Ferrari F12 Berlinetta.

Beliau berkata, model edisi terhad LaFerrari Aperta yang dikuasakan dengan enjin 6.3 liter V12 itu hanya dikeluarka­n sebanyak 209 unit di seluruh dunia sempena sambutan ulang tahun ke-70 Ferrari.

Model hibrid pertama daripada Ferrari itu menghasilk­an kuasa kuda 8,000 hp pada 9,000 rpm dan tork 700 Nm pada 6,750 rpm mampu memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam tempoh tiga saat.

“Model ini hanya ditawarkan buat pemilik setia jenama Ferrari yang mempunyai enam kereta Ferrari ke atas bagi menambah koleksi mereka pada harga bermula RM6.8 juta,” katanya.

 ??  ?? MODEL edisi terhad LaFerrari Aperta yang dikuasakan dengan enjin 6.3 liter V12 hanya dikeluarka­n 209 unit di seluruh dunia sempena sambutan ulang tahun ke-70 Ferrari.
MODEL edisi terhad LaFerrari Aperta yang dikuasakan dengan enjin 6.3 liter V12 hanya dikeluarka­n 209 unit di seluruh dunia sempena sambutan ulang tahun ke-70 Ferrari.
 ??  ?? PELAJAR UTAR, Tan Ying Kuan mempersemb­ahkan hasil kerja bertajuk Sama-sama Lohas Guesthouse.
PELAJAR UTAR, Tan Ying Kuan mempersemb­ahkan hasil kerja bertajuk Sama-sama Lohas Guesthouse.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia