Harian Metro

Tempahan untuk model baru Honda City

-

Kuala Lumpur: Honda Malaysia akan memperkena­lkan model baru Honda City Sport Hybrid i-DCD dan sudah membuka tempahan bagi model berkenaan di 91 pengedar sahnya di seluruh negara.

Menerusi pelancaran itu, Honda sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara luar Jepun yang melancarka­n model baru Honda City ini.

Honda City Hybrid menawarkan kelainan bagi pencinta City di Malaysia sekali gus mengukuhka­n lagi pasarannya bagi kenderaan segmen-B.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, Honda Malaysia berkata, sejak Honda City dilancarka­n pada Mac lalu, pihaknya merekodkan jualan terbaik iaitu sebanyak 12,000 unit terjual hanya dalam tempoh empat bulan.

“Penerimaan bagi City baru ini sejajar dengan Honda sebagai peneraju segmen-B yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

“Malah, model generasi keempat itu terjual 115,800 unit sejak dilancarka­n di negara ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia