Harian Metro

Wanita dakwa anak lembu jelmaan suami

- Agensi

Satu rakaman video memaparkan seekor buaya menolak mayat seorang lelaki ke pinggir sungai tular di laman sosial Facebook Kratie (Kemboja): Seorang wanita di sini percaya seekor anak lembu berusia lima bulan jelmaan suaminya yang mati kira-kira setahun lalu.

Khim Hang, 74 berkata, dia begitu yakin mengenai hal itu kerana apa yang dilakukan oleh anak lembu itu sama dengan apa yang dilakukan mendiang suaminya, Tol Khut, semasa dia hidup.

Anak lembu itu yang dilahirkan Mac lalu kini menjadi viral di media sosial Kemboja sementara kediaman Kim Hang di Kratie, wilayah di Timur laut Kemboja menarik kira-kira 100 pengunjung setiap hari.

Mereka datang untuk melihat anak lembu itu.

Khim Hang bukan satu-satunya orang yang percaya haiwan itu jelmaan suaminya. Ketujuh-tujuh anaknya dan jiran mereka juga yakin.

Di rumah kayu Khim Hang itu, anak lembu berkenaan diberi makan, dimandikan dan dibenarkan berada di atas tilam bersama-sama dengan bantal yang pernah digunakan suaminya.

Haiwan itu akan baring di atas katil itu dari jam 6 petang hingga 10 pagi.

Keluarga itu berkata, televisyen akan sentiasa dipasang untuk menghiburk­annya, seperti yang disukai oleh Tol Khut.

Selepas 10 pagi, anak lembu itu akan meninggalk­an rumah, sama ada untuk meragut rumput atau menyusu dengan ibunya.

“Saya akan menjaganya selagi saya hidup,” kata Khim Hang.

Menurutnya, dia juga mengarahka­n anaknya menjaga haiwan itu sekiranya dia mati lebih awal daripada anak lembu itu dan mengadakan upacara pengebumia­n seperti manusia jika haiwan itu mati.

Sembilan puluh lima peratus penduduk Kemboja penganut Buddha dan sebahagian besar mereka percaya roh si mati akan kembali menjelma semula dalam pelbagai bentuk. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? KIM Hang duduk di kamar tidurnya bersama anak lembu yang dipercayai jelmaan suaminya. - Reuters
KIM Hang duduk di kamar tidurnya bersama anak lembu yang dipercayai jelmaan suaminya. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia