Harian Metro

Lahir kembar biawak

Wanita dakwa lahirkan reptilia, pelihara seperti anak sendiri

- Agensi

Seorang wanita mendakwa melahirkan seekor biawak yang juga kembar kepada anaknya dan kini menjaga haiwan itu seperti anaknya sendiri.

Seha Norma Rasid yang tinggal di Tobulung, Bara, Kota Palopo di Sulawesi Selatan memberitah­u, biawak itu lahir bersama anak perempuann­ya pada 22 November 1989.

Katanya, anak perempuann­ya dinamakan Masrianty manakala biawak itu dinamakan Mansur.

“Ketika melahirkan Masrianty dan Mansur saya tidak terkejut kerana sebelum ini memang ada keluarga saya melahirkan kembar haiwan,” katanya yang dipetik TribunPalo­po.com.

Menurutnya, dia menjaga biawak itu seperti bayi manusia termasuk menyusu haiwan berkenaan.

“Kadangkala Mansur meragam seperti bayi biasa dan saya terpaksa mendodoiny­a di dalam buai,” jelasnya.

Kata Seha, kini biawak itu yang berusia 28 tahun tidur di atas tilam dan berselimut pada waktu malam.

Dia juga memandikan haiwan itu setiap hari sebelum disapukan bedak, disembur minyak wangi dan dipakaikan baju.

“Mansur ini manja dan ia suka didukung. Saya berkomunik­asi dengan Mansur menggunaka­n bahasa isyarat,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung mulanya memandang serong terhadapny­a tetapi kini orang ramai dapat menerima Mansur sebagai keluargany­a.

“Saya tidak peduli apa orang lain kata terhadap saya. Setiap orang mempunyai keyakinan masing-masing,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia