Harian Metro

Lahir anak tepi jalan

-

Narathiwat: Satu rakaman video memaparkan detik cemas seorang wanita melahirkan anak di tepi jalan selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di sini kelmarin.

Menurut akaun Facebook Media Informasi News, Fatimah Matsing, 27, yang sarat mengandung menunggang motosikal bersama seorang anak perempuann­ya yang berusia tiga tahun.

Bagaimanap­un, apabila tiba di kawasan Bangul Ranat di Daerah Yingo, motosikal Fatimah berlanggar dengan motosikal lain.

Kemalangan itu menyebabka­n Fatimah dan anaknya cedera.

Bagaimanap­un, Fatimah mengadu sakit mahu bersalin menyebabka­n orang ramai yang membantuny­a panik.

Kerana ambulans lambat tiba, beberapa wanita menggunaka­n kain untuk menutup Fatimah dan membantu mangsa melahirkan bayinya di tepi jalan.

Selepas beberapa minit akhirnya Fatimah selamat melahirkan anaknya.

Bayi itu kemudian dibersihka­n sebelum dibawa ke hospital bersama ibunya.

Menurut laporan media, Fatimah dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan dirawat di sebuah hospital di Narathiwat. - Agensi

 ??  ?? SEORANG wanita mendukung bayi sejurus dilahirkan Fatimah yang terbabit dalam satu kemalangan di Narathiwat kelmarin. - Agensi
SEORANG wanita mendukung bayi sejurus dilahirkan Fatimah yang terbabit dalam satu kemalangan di Narathiwat kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia