Harian Metro

Sami didakwa selepas pulang dari AS

-

Seorang sami Buddha kontrovers­i didakwa di sebuah mahkamah di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur, menipu dan pengubahan wang haram.

Wiraphon Sukphon, 37, ditangkap di lapangan terbang Bangkok sejurus tiba dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia dihantar pulang dari negara itu.

Lelaki itu melarikan diri ke AS pada 2013 dan menubuhkan sebuah pusat pengajaran Buddha di sana sebelum dia ditangkap dan dihantar pulang ke Thailand.

Wiraphon berdepan lima tuduhan termasuk merogol remaja bawah umur 15 tahun hingga hamil. Dia berdepan hukuman penjara 20 tahun.

“Mahkamah Jenayah menerima kes terhadap Wiraphon dan suspek tidak dibenarkan diikat jamin,” kata jurucakap Jabatan Siasatan Khas, Worranan Srilum.

Wiraphon mendapat perhatian media pada 2013 apabila gambarnya bersama dua lagi sami yang memakai cermin mata hitam dan memegang beg berjenama, menaiki sebuah jet peribadi.

Siasatan polis membawa kepada rampasan asetnya termasuk sebuah kereta Porsche, Mercedes Benz dan 41 akaun bank. - AFP

 ??  ?? WIRAPHON Sukphon
WIRAPHON Sukphon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia