Harian Metro

44 ditahan kerana menculik

- Agensi

Polis Filipina semalam berkata, mereka menangkap 44 orang warga China dan Malaysia berhubung kejadian menculik seorang wanita Singapura di sebuah kasino di sini.

Polis menemui mangsa, Wu Yan, 48, di sebuah kondominiu­m sehari selepas dia diculik dua warga Malaysia, kata Setiausaha Rendah Jabatan Kehakiman, Erickson Balmes dalam satu kenyataan.

“Mangsa diculik dan dipukul serta diancam oleh penculik mereka yang menuntut bayaran sebanyak AS$180,000 (RM772,000) sebagai syarat untuk membebaska­nnya,” kata Balmes.

Dua warga Malaysia itu bersama dengan 42 suspek China ditangkap selepas Wu Yan diselamatk­an akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menculik.

Menurut Balmes, kumpulan itu juga dipercayai bertanggun­gjawab terhadap beberapa penculikan warga asing sejak beberapa bulan lalu.

Dia bagaimanap­un tidak menjelaska­n lebih lanjut mengenai penculikan itu atau apa yang terjadi kepada mangsa.

Filipina sejak beberapa tahun lalu cuba menarik penjudi warga asing untuk membina industri perjudian di negara itu dengan matlamat menyaingi Las Vegas dan Macau.

Bagaimanap­un, laporan mengenai penculikan dan serangan terhadap sebuah

2 warga Malaysia terbabit culik wanita Singapura di Manila antara yang ditangkap

kasino di Manila yang meragut nyawa 37 orang mencetuska­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n.

Jurucakap antipeculi­kan polis Filipina, Abelardo Borromeo berkata, kumpulan penculik itu juga dipercayai sebahagian daripada sindiket peminjam wang haram yang beroperasi di Manila.

Dalam kejadian penculikan wanita Singapura itu, dua warga Malaysia dikatakan mendekatin­ya di sebuah kasino dan mengajakny­a berjudi di sebuah kasino lain di kawasan itu.

Bagaimanap­un, suspek sebaliknya membawanya ke sebuah kondominiu­m, menahan, memukulnya dan menuntut wang tebusan.

 ??  ?? KETUA Polis Filipina, Ronald Dela Rosa bertanyaka­n sesuatu pada 44 warga asing yang ditangkap kerana menculik wanita Singapura di sebuah resort
di Manila, semalam. - Reuters
KETUA Polis Filipina, Ronald Dela Rosa bertanyaka­n sesuatu pada 44 warga asing yang ditangkap kerana menculik wanita Singapura di sebuah resort di Manila, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia