Harian Metro

Kek hari jadi boleh keluarkan duit

-

Beijing: Satu keluarga di China menghasilk­an kejutan hari jadi unik dalam bentuk sebuah kek yang boleh mengeluark­an wang.

Seorang wanita di Qingdao di wilayah Shandong berkata, kek itu adalah hadiah hari jadi untuk ibu mentuanya.

Rakaman kek berkenaan tular di media sosial negara itu dengan ramai yang memuji kepintaran penciptany­a.

Dalam video itu, kek itu dilihat diletakkan di atas meja dan dikeliling­i makanan lain.

Apabila butang pada kek itu ditekan, wang kertas 100 yuan (RM63) dilihat keluar dari kek itu.

Penciptany­a, Ren, memberitah­u wartawan, dia menghasilk­an kek itu kerana mahukan hadiah lain dariyang lain untuk ibu mentuanya.

Menurutnya, menghadiah­kan wang dan pakaian untuk wanita berusia sudah terlalu biasa. - Agensi

 ??  ?? boleh KEK unik yang
wang mengeluark­an apabila butangnya
ditekan. - Agensi
boleh KEK unik yang wang mengeluark­an apabila butangnya ditekan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia