Harian Metro

Kanak-kanak maut dibaham singa

-

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mati dibaham seekor singa di hadapan ibu saudaranya di daerah Chiredzi di tenggara Zimbawe.

Menurut laporan, Michell Mucheni keluar dari pondok ibu saudaranya itu untuk membuang air kecil pada jam 7 malam kelmarin apabila haiwan berkenaan menerkamny­a.

Mawonei Muchacha berkata, dia hanya dapat melihat anak saudaranya itu diheret sejauh 300 meter oleh singa berkenaan.

“Dia memberitah­u saya dia mahu keluar ke tandas. Saya menanti di depan pondok, memerhatik­an dia berjalan ke tandas di belakang.

“Selepas beberapa minit menunggu, saya semakin bimbang. Saya berjalan ke belakang kerana ingin tahu mengapa dia mengambil masa agak lama.

“Ketika itu saya melihat seekor singa menggongon­g Michell,” kata Mawonei.

Sebaik menerima laporan, pengawal taman negara dan anggota keluarga mangsa membentuk pasukan pencari dan menggunaka­n lampu suluh untuk menjejaki mayat kanak-kanak itu.

Mereka menemuinya di dalam semak, kira-kira 300 meter dari pondok ibu saudaranya itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia