Harian Metro

Timbang tarik balik pengesan logam

- Reuters

PM Israel akan buat keputusan selepas pemasangan peralatan cetuskan bantahan besar rakyat Palestin, Muslim seluruh dunia

Pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu dilapor menimbang untuk menarik balik pengesan logam di laluan masuk ke Al-Haram Al-Sharif yang pemasangan­nya mencetuska­n bantahan besar-besaran rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia, kata seorang anggota Kabinetnya.

Pertempura­n berlaku setiap malam antara penduduk Palestin dengan Israel sejak pengesan logam itu dipasang di laluan menuju ke Masjid Al-Aqsa, Ahad lalu.

Ketegangan semakin meningkat menjelang solat Jumaat hari ini apabila kira-kira 30,000 Muslim biasanya bersesak-sesak ke masjid yang ketiga paling suci umat Islam itu.

Pihak berkuasa Al-Aqsa yang berkata pengesan logam berkenaan mencabuli perjanjian rumit mengenai hak untuk bersolat dan peraturan keselamata­n menggesa penduduk Palestin tidak memasuki masjid berkenaan, sebaliknya hanya menunaikan solat di luar kompleks itu.

Mereka juga mendakwa tindakan memasang peralatan itu sebahagian daripada usaha Israel untuk menguasai kawasan suci berkenaan.

Di Gaza, Ismail Haniyeh, pemimpin pergerakan Hamas yang memerintah wilayah itu menggesa pendudukny­a mengadakan tunjuk perasaan hari ini bagi membantah tindakan Israel itu.

Netanyahu dijangka mengadakan perbincang­an mengenai isu itu dan akan memutuskan tindakan selanjutny­a sekembalin­ya dari lawatan ke Perancis dan Hungary, kata Menteri Keselamata­n Awam rejim itu, Giland Erdan.

Anggota pelampau dalam kerajaanny­a secara terbuka mendesak dia mengekalka­n pengesan logam itu.

Bagaimanap­un, media Israel melaporkan, ketua keselamata­n berbelah bahagi mengenainy­a kerana bimbang kekacauan akan merebak.

Bekas ketua polis rejim itu dipetik oleh media tempatan sebagai berkata, usaha memastikan ribuan orang berjalan menerusi pengesan logam itu akan mencetuska­n kekacauan besar.

Israel menawan Baitulmaqd­is Timur dan Tebing Barat dalam Perang 1967.

Penduduk Palestin berusaha menubuhkan sebuah negara merdeka di Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza dengan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara.

Hasrat ini bagaimanap­un ditentang Israel yang menganggap seluruh Baitulmaqd­is ibu negaranya, tuntutan yang tidak diiktiraf masyarakat antarabang­sa.

 ??  ?? MUSLIM Palestin menunaikan solat Maghrib
di pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa, kelmarin. - EPA
MUSLIM Palestin menunaikan solat Maghrib di pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa, kelmarin. - EPA
 ??  ?? SEORANG wanita Palestin bertengkar dengan polis Israel kerana membantah pemasangan pengesan logam dan kamera keselamata­n di laluan menuju ke Masjid Al-Aqsa, semalam. - EPA
SEORANG wanita Palestin bertengkar dengan polis Israel kerana membantah pemasangan pengesan logam dan kamera keselamata­n di laluan menuju ke Masjid Al-Aqsa, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia