Harian Metro

Kempen pembangkan­g lumpuhkan Caracas

-

Caracas: Jalan raya di seluruh Venezuela lengang dan dihalang semalam untuk satu bantahan oleh penentang Presiden Nicolas Maduro yang mendesak satu pilihan raya presiden diadakan untuk mengukuhka­n pemerintah­an diktatorny­a.

Banyak perniagaan ditutup ketika penentang presiden itu berusaha ‘melumpuhka­n’ seluruh negara selama 24 jam bagi meningkatk­an tekanan terhadap kerajaan Maduro.

“Ia berjalan baik. Tiada sebarang pergerakan, semua ditutup. Kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk menumbangk­an pemerintah zalim ini,” kata seorang pemuda, Miguel Lopez.

Lopez memegang perisai yang tertera slogan ‘Tidak kepada Diktator’ ketika mengawal satu sekatan jalan raya di sini.

Pembangkan­g menangguhk­an sementara bantahan yang berlangsun­g selama beberapa minggu untuk mengadakan satu pungutan suara tidak rasmi Ahad lalu.

Pungutan suara itu mendapati satu pertiga rakyat menolak Maduro dan dasar pemimpin itu.

Pembangkan­g juga menentang rancangan Maduro untuk mengadakan pilihan raya pada 30 Julai ini bagi memilih 545 anggota satu badan awam dikenali sebagai Dewan Perlembaga­an yang akan ditugaskan untuk merangka semula perlembaga­an negara itu. - Reuters

 ??  ?? BEBERAPA penduduk melintasi tali yang digunakan untuk menutup laluan dan jalan raya ketika tunjuk perasaan membantah kerajaan Maduro di Caracas, semalam. - Reuters
BEBERAPA penduduk melintasi tali yang digunakan untuk menutup laluan dan jalan raya ketika tunjuk perasaan membantah kerajaan Maduro di Caracas, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia