Harian Metro

SIAPA RAJA PECUT ASIA TENGGARA?

-

 Guevara ramal Khairul dan Cray jadi tumpuan acara 100 meter

Kuala Lumpur bulan depan.

Umpama memulakan perang psikologi, Guevara menegaskan Cray yang juga juara bertahan acara pecut 100 meter pada temasya dwitahunan di Singapura dua tahun lalu, kini berada pada prestasi terbaik dan tidak ragu-ragu untuk

mempertaha­nkan gelaran itu di Kuala Lumpur.

Keyakinan Guevara itu berdasarka­n pemerhatia­nnya selepas menyaksika­n pelari pecut Filipina itu konsisten melakukan larian sekitar 10.20s sepanjang tahun ini.

“Saya tahu di Malaysia anda mempunyai seorang pelari yang bagus (Khairul Hafiz). Jadi, saya berasakan kedua-dua mereka akan bersaing sengit.

“Untuk ketika ini kita tidak boleh meramalkan siapa yang akan muncul pemenang.

“Bagi saya yang terbaik untuk acara 100m hanya Cray dan atlet anda. Tidak mungkin untuk pelari Thailand (Jirapong Meenapra) sepantas kedua-dua pelari itu,” katanya.

Jelas Guevara, selain 100m, Cray dijangka beraksi dalam acara 4x100m, 4x400n dan 400m berpagar.

Di Singapura Cray menggegar trek dengan memenangi emas 100m (10.25s) dan 400m berpagar (49.40s).

Catatan terbaik Khairul menerusi acara 100m yang juga rekod kebangsaan adalah 10.18s, dilakukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuching, Sarawak tahun lalu.

Pelari yang mendapat gelaran ‘The Speedy Jantan’ itu juga dilihat berada pada prestasi terbaik apabila memperbaha­rui rekod 200m dengan catatan 20.90s pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, Selasa lalu. Catatan itu meleburkan rekod Tan Sri Dr M Jegathesan selama 49 tahun yang dilakukann­ya pada separuh akhir Sukan Olimpik 1968 Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia