Harian Metro

Tak sangka juara dunia!

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Jun Hoong puas lebur dominasi penerjun China Saya melihat papan markah selepas terjunan terakhir Si Yajie (China). Ketika itu baru saya sedar yang saya muncul pemenang”

Cheong Jun Hoong

Cheong Jun Hoong sama sekali tidak pernah menyangka mampu melakar sejarah dengan memenangi emas acara 10 meter platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary awal pagi semalam.

Jelas atlet terjun negara kelahiran Perak itu, dia hanya meletakkan sasaran untuk memenangi pingat namun bukan emas.

“Saya memang berharap dapat memenangi pingat. Tapi pada masa sama tidak pernah menyangka mampu menewaskan penerjun dari China.

“Tapi sekarang saya juara dunia,” katanya kegembiraa­n.

Jun Hoong yang memenangi perak berganding­an dengan Pandelela Rinong menerusi 10 meter platform seirama di Olimpik Rio tahun lalu berkata, dia hanya memberikan fokus terhadap persembaha­n dirinya sendiri sepanjang saingan semalam.

“Saya melihat papan markah selepas terjunan terakhir Si Yajie (China). Ketika itu baru saya sedar yang saya muncul pemenang,” katanya.

Atlet berusia 27 tahun itu memenangi emas selepas memungut 397.50 mata menerusi lima terjunan sekali gus muncul atlet pertama negara menjadi juara dunia.

Dia menewaskan Yajie, bekas juara dunia yang sekadar berpuas hati dengan perak apabila meraih 396.00 mata.

Rakan sepasukan Yajie, Ren Qian yang meraih emas di Olimpik Rio meraih gangsa apabila mengumpul 391.95 mata.

Pandelela turut beraksi namun sekadar menamatkan saingan di tempat kesembilan dengan mengumpul 322.40 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia