Harian Metro

Chong Wei harap kontinjen Malaysia juara keseluruha­n

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun tidak beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan, jaguh badminton perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei memberi suntikan semangat menggesa setiap atlet negara mempamer aksi terbaik sekali gus membolehka­n Malaysia muncul juara keseluruha­n.

Jelas Chong Wei, bukan sesuatu yang mustahil untuk kontinjen negara melakukann­ya sekiranya semua atlet memberikan komitmen

(gambar)

100 peratus dalam acara sukan masing-masing.

Bagi jaguh berusia 35 tahun itu, atlet negara seharusnya memanfaatk­an kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan cuba memenangi sebanyak mungkin pingat.

“Saya harap semua atlet negara dapat melakukan persiapan terbaik kerana kita masih ada masa kira-kira tiga minggu sebelum bermulanya Sukan SEA.

“Walaupun saya tak dapat beraksi kerana akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, saya yakin atlet kita mampu memenuhi sasaran untuk muncul juara keseluruha­n.

“Ketika inilah sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia diperlukan,” katanya.

Jelas Chong Wei, untuk dirinya sendiri dia juga mahu memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia kerana sedar harapan begitu besar diletakkan di bahunya untuk memenangi takhta itu buat kali pertama.

“Saya juga sedang melakukan persiapan rapi untuk mewakili negara di Glasgow. Sudah tentu saya sendiri mahukan keputusan yang terbaik di sana.

“Harap peminat juga mendoakan kejayaan saya di sana nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia