Harian Metro

AS lega mara

- AFP

 Jumpa Costa Rica dalam aksi separuh akhir

Amerika Syarikat (AS) mengatasi saingan sengit El Salvador sebelum layak ke separuh akhir Piala Emas Concacaf menerusi kemenangan 2-0, semalam.

Gol babak pertama disumbangk­an pemain pertahanan Omar Gonzalez dan Eric Lichaj membantu kemenangan getir pada suku akhir buat tuan rumah, yang memburu kejuaraan Piala Emas pertama mereka sejak 2013.

Bagaimanap­un anak buah Bruce Arena diberi saingan sengit oleh El Salvador dan hanya beberapa tindakan penyelamat menakjubka­n penjaga gol Tim Howard berjaya mengekang asakan pasukan Amerika Tengah itu di Lincoln Financial Field, Philadelph­ia.

“Mereka mengasak kami

(gambar)

dengan hebat dan kami kurang bagus ketika memegang bola untuk mengatasi tekanan mereka,” kata Howard. “Kami meraih dua gol sebelum rehat dan jelas ia bagus buat kami. Tapi kami sedar mereka akan mencetus masalah buat kami.

“Bagus untuk menang. Kami berpeluang membaiki beberapa perkara.”

Empat minit sebelum rehat, AS memecah kebuntuan apabila Gonzalez melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma Michael Bradley sekali gus mendahului 1-0.

Pada masa kecederaan babak pertama, Lichaj menjadikan kedudukan 2-0 dengan gol yang dicetus oleh Bradley.

Penyerang veteran itu mengeliruk­an Henry Romero dengan pusingan badan menakjubka­n sebelum mengumpan kepada Lichaj, yang menguasai bola sebelum merembat menerusi celah kelangkang penjaga gol Derby Carrillo.

AS kini berdepan Costa Rica, yang layak ke suku akhir Piala Dunia 2014, pada separuh akhir awal pagi Ahad ini.

Los Ticos layak ke separuh akhir selepas pertahanan Panama, Anibal Godoy tertanduk masuk ke pintu golnya sendiri pada minit ke-77 untuk memberikan Costa Rica kemenangan 1-0 dalam aksi terdahulu.

 ??  ?? LICHAJ (kiri) berebut bola dengan pemain El Salvador Denis Pineda pada perlawanan suku akhir Piala Emas Concacaf, semalam.
LICHAJ (kiri) berebut bola dengan pemain El Salvador Denis Pineda pada perlawanan suku akhir Piala Emas Concacaf, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia