Harian Metro

Guardiola enggan jual Aguero

-

Houston, AS: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan beliau tidak bercadang menjual Sergio Aguero

namun mengesahka­n kelab itu berunding dengan “tiga atau empat” pemain yang berpotensi dibeli.

Guardiola jelas mahu menutup terus spekulasi mengenai masa depan penyerang Argentina, Aguero.

“Dia pemain kami. Dia akan kekal di sini,” ujar Guardiola mengenai Aguero.

Bos City itu bagaimanap­un agak berteka-teki mengenai kemungkina­n mendapatka­n khidmat pemain Arsenal dan Chile, Alexis Sanchez.

Sanchez dilaporkan berhasrat meninggalk­an Emirates sekalipun pengurus Arsene Wenger membayangk­an pemain itu tidak akan dijual.

“Alexis pemain Arsenal. Arsene menyatakan­nya kerana beliau lebih tahu berbanding saya,” kata Guardiola.

Guardiola jelas mengesahka­n minat City terhadap pertahanan Real Madrid, Danilo dan pemain Monaco, Benjamin Mendy namun sekali lagi enggan memberikan butiran terperinci.

“Kami bercakap dengan tiga atau empat pemain dengan tiga, empat, lima tahun dalam pertimbang­an. Mereka pemain muda,” katanya.

“Kami mempunyai pilihan untuk pemain datang tapi hingga perjanjian dimeterai, saya tidak boleh berkata apa-apa bagi menghormat­i kelab lain.

“Mendy sama kesnya dengan Danilo. Kami mempunyai sasaran dan kami lihat apa yang akan berlaku. Dia pemain Monaco jadi saya tidak boleh komen lanjut.” - AFP

 ??  ?? MORATA cipta 20 jaringan dalam 43 penampilan bersama Real Madrid musim lalu.
MORATA cipta 20 jaringan dalam 43 penampilan bersama Real Madrid musim lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia