Harian Metro

‘Belum puas meledak’

-

skuad bawah 22 tahun negara (B-22) N Thanabalan masih belum puas sebaliknya mahu meneruskan sentuhan jaringanny­a apabila berdepan Thailand B-22 malam ini.

Satu gol dihasilkan ketika membantu Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan pembukaan kelmarin menjadikan Thanabalan sebagai mesin pencetak gol dengan enam gol dalam enam perlawanan sejak skuad muda negara diambil alih Datuk Ong Kim Swee.

“Kami berjaya mendapatka­n kemenangan penting ketika menentang Indonesia tapi seperti nasihat jurulatih, penentu perjuangan kami adalah pertembung­an dengan Thailand esok (hari ini).

“Saya akan berusaha dan jika saya dapat menjaringk­an gol menentang Thailand, ia pasti menjadi kenangan terbaik buat saya,” katanya.

Thanabalan, 22, yang mewakili FELCRA FC membentuk kombinasi baik bersama dua lagi pemain Syafiq Ahmad dan Muhammad Jafri Firdaus Chew di bahagian serangan.

Namun bakal berlaku sedikit perubahan apabila Syafiq, penjaring gol pertama kelmarin mengalami kecederaan pangkal paha dan tidak dapat beraksi hari ini.

Kekosongan itu mungkin diisi Muhammad Akhyar Rashid atau Sean Eugene Selvaraj.

Bagi Akhyar dari Kedah yang juga pemain paling muda, dia bersedia memikul tugas itu jika diberi peluang.

“Memang saya agak gementar apabila dimasukkan pemain gantian semalam (kelmarin) tapi saya yakin lebih bersedia jika diturunkan esok (hari ini) menentang Thailand,” kata pemain berusia 18 tahun, adik kepada bekas pemain kebangsaan Rafdi Rashid.

Kemenangan ke atas Thailand bakal mengukuhka­n peluang Malaysia layak secara automatik ke pusingan akhir di China tahun depan sebelum turun menentang Mongolia pada aksi terakhir Ahad ini.

 ??  ?? THANABALAN
THANABALAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia