Harian Metro

Kim Swee enggan layan spekulasi luar

-

tidak mahu memikirkan spekulasi dicetuskan media Indonesia. Fokus saya tetap perlawanan dengan Thailand esok (hari ini),” kata jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee yang dikaitkan sebagai calon pilihan untuk membimbing skuad Garuda Muda selepas ini.

Kekalahan 0-3 Garuda Muda kepada skuad negara kelmarin dalam aksi Kumpulan H kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 sukar diterima penyokong mereka apatah lagi ketika Kim Swee hanya sempat melatih pemain lima hari dengan bilangan pemain terhad.

Ada dalam kalangan mereka mendesak Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat langkah drastik melantik Kim Swee yang tamat kontrak tahun ini untuk menggantik­an jurulatih Luis Milla Aspas.

Kim Swee yang membimbing Harimau Muda mengalahka­n Indonesia pada final Sukan SEA 2011 di Jakarta berkata, apa yang dilaporkan itu langsung tidak menjejaska­n fokusnya mempersiap­kan pasukan menghadapi Thailand.

“Saya tidak mahu sentuh spekulasi di media sosial. Apa yang penting, kita terus fokus dengan pasukan sendiri dan saya perlu pastikan layak atau terus berjuang daripada memikirkan apa yang dikatakan di media sosial terutama dari pihak Indonesia.

“Saya juga percaya Indonesia akan bangkit esok (hari ini) apabila bertemu Mongolia dan mereka juga mempunyai peluang. Jadi saya tidak terganggu dengan spekulasi sebegini,” kata bekas jurulatih Harimau Malaya itu.

Bagaimanap­un masalah kecederaan yang menimpa penjaga gol Ifwat Akmal Che Kassim (hamstring) dan penyerang Syafiq Ahmad (kecederaan pangkal paha) ketika menentang Thailand bakal mengundang sedikit rombakan dalam kesebelasa­n utama.

Biarpun keputusan seri dengan Thailand hari ini sudah cukup untuk mengukuhka­n peluang Malaysia merebut tiket ke pusingan akhir di China tahun depan, Kim Swee menegaskan corak permainan bertahan bukan pilihan utamanya.

“Kita akan mengekalka­n corak permainan tapi mengikut keadaan dan kesesuaian padang. Kita tahu semalam (kelmarin) hujan lebat, jika perlu menukar strategi, kita akan tukar tapi bukan untuk bertahan.

“Jika mampu mendapatka­n satu mata sekali pun, itu akan mencerahka­n peluang kita, tapi kita bukan turun untuk seri sebaliknya menang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia