Harian Metro

Hukuman Farizal hanya lapan bulan

-

Kuala Lumpur: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Farizal Marlias menerima perkhabara­n menggembir­akan apabila bekas penjaga gol kebangsaan itu dibenarkan kembali beraksi bermula 9 Februari tahun depan.

Keputusan itu diputuskan Jawatankua­sa Rayuan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), semalam dan ia bermakna tempoh penggantun­gan setahun dikenakan ke atas Farizal susulan tindakanny­a mempertika­ikan dan menolak pengadil perlawanan sebelum ini dipendekka­n kepada lapan bulan.

Bagaimanap­un, dia masih berada dalam pemantauan selama empat bulan sebagai tempoh percubaan.

“Jika Farizal dibuang padang kerana melakukan kekerasan dalam mana-mana perlawanan rasmi dalam tempoh percubaan, penggantun­gan itu secara automatik akan berjalan,” kata AFC dalam kenyataann­ya.

Sebelum ini, AFC mengenakan hukuman penggantun­gan 12 bulan dengan jumlah denda AS$40,000 (RM171,540) ke atas Farizal selepas dia mengasari pengadil pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC bagi zon Asia Tenggara berdepan Ceres Negros, 31 Mei lalu.

Mengikut kepada hukuman awal, Farizal digantung bermula 9 Jun lalu hingga 9 Jun tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia