Harian Metro

Zahasmi dapat mandat penuh

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

Kelantan dijangka kembali menyinar dan menyengat apabila jurulatih Zahasmi Ismail diberi tanggungja­wab sepenuhnya untuk mengendali­kan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Alfredo Gonzales yang sebelum ini dilantik pengurus pasukan, kembali kepada jawatan asalnya selaku pengarah teknikal.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor berhubung rombakan drastik struktur pengurusan dan kejurulati­han The Red Warriors (TRW), semalam.

(gambar)

Ismail berkata, Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah dilantik pengurus baru bagi menggantik­an tempat Gonzales.

Katanya, rombakan itu dilakukan selepas mengambil kira pandangan kelab penyokong termasuk Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa.

“Zahasmi kini berkuasa penuh untuk melatih pasukan yang sebelum ini diterajui Gonzales sebaik episod pusingan kedua Liga Super bermula bulan lalu.

“Gonzales pula akan terus memegang jawatan asalnya (pengarah teknikal) dan hanya sekadar memberi pandangan atau nasihat selepas ini.

“KAFA turut mengumumka­n Afandi (Hamzah) selaku pengurus baru dan rombakan itu berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, ramai penyokong dan kelab melahirkan rasa tidak puas hati terhadap corak dan taktikal Gonzales yang menyaksika­n Kelantan tewas lima daripada tujuh perlawanan.

 Jurulatih itu mahu bawa TRW kembali garang, Gonzales kembali galas tugas pengarah teknikal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia