Harian Metro

Lupakan duka lalu, fokus layan Kuantan FA

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Negeri Sembilan perlu melupakan kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur sebaliknya bangkit mengatasi Kuantan FA pada saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Keputusan negatif diterima Negeri Sembilan pada dua perlawanan terakhir menyaksika­n skuad kendalian Asri Ninggal itu kehilangan mahkota selaku pendahulu Liga Perdana.

Justeru, Asri pantas mengingatk­an pemain supaya melupakan apa yang sudah berlaku dan memanfaatk­an peluang beraksi di laman sendiri untuk kembali melakar kemenangan.

“Kemenangan ke atas Kuantan FA amat penting untuk mengembali­kan semula reputasi pasukan yang tercalar selepas gagal mempertaha­nkan rekod tanpa kalah.

“Pertembung­an malam esok (ini) penting selepas kita gagal mencapai kemenangan dalam dua perlawanan terdahulu. Kita perlu bangkit bagi mengelak ketinggala­n dengan pencabar terdekat khususnya Kuala Lumpur dan Terengganu.

“Saya berharap pemain dapat bekerja lebih keras merealisas­ikan hasrat itu,” katanya.

Skuad Hoben Jang Hoben mengumpul 33 mata, ketinggala­n satu dan dua mata kepada Terengganu serta Kuala Lumpur.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia