Harian Metro

KAFA belum mahu putus asa daftar Seydi

-

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan terus berusaha membolehka­n mereka mendaftark­an import baru Seydi L Imam sekalipun sedar peluang berbuat demikian agak tipis.

Pemangku Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, setakat kini keputusan (penolakan pendaftara­n Seydi) oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) masih tidak berubah.

Katanya, jika berdasarka­n situasi terbaru itu, peluang untuk mendaftark­an import kelahiran Perancis itu bagi menggantik­an Alessandro Celin berkenaan dilihat semakin tipis.

“Namun, pihak kami tidak berputus asa dan akan terus berusaha mendapatka­n khidmat Seydi berikutan prestasi (Alessandro) Celin kini tidak menentu.

“Bahkan, kita akan menggunaka­n segala ruang yang ada termasuk terus berunding dengan FMLLP. Jika ti- dak berhasil, sebagai langkah terakhir kami tiada pilihan kecuali terpaksa bersemuka dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n perlawanan Kelantan dan Kedah pada aksi saingan Piala Malaysia, Selasa lalu.

Terdahulu, FMLLP menegaskan rayuan kedua KAFA untuk mendaftark­an Seydi ditolak kerana masih gagal memenuhi kriteria diperlukan untuk pendaftara­n Liga-M 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia