Harian Metro

Tak layan desakan penyokong

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

 Mehmet enggan gugurkan Shahrom untuk aksi menentang FELDA United malam esok

Mehmet Durakovic tidak akan melayan desakan segelintir penyokong Perak yang mahu beliau merehatkan kapten Shahrom Kalam sebaliknya bekas pengendali Selangor itu terus memberi kepercayaa­n kepada pemain berkenaan untuk memimpin The Bos Gaurus menghadapi FELDA United di Stadium Perak, malam esok.

Durakovic berkata, beliau tidak pernah meragui kemampuan Shahrom mengemudi benteng pertahanan walaupun dua kesilapan mudah pemain itu menyebabka­n Perak kehilangan empat mata dalam dua perlawanan, baru-baru ini.

Malah, jurulatih itu tampil mempertaha­nkan Shahrom dengan menganggap kesilapan pemain itu sebagai perkara biasa dalam bola sepak.

“Saya akui gol itu terhasil akibat kecuaian Shahrom tapi adakah kerana dua kesilapan itu kita mahu menafikan sumbangan keseluruha­nnya kepada pasukan Perak selama ini?

“Pada saya, Shahrom seorang pemain yang hebat serta memiliki daya kepemimpin­an tinggi sama ada di dalam mahupun luar padang. Sebab itu dia dilantik kapten.

“Saya menerima apa yang berlaku sebagai kesilapan manusia biasa serta tidak dapat dielakkan.

“Cuma, kebetulan, dalam kes Shahrom, ia berlaku dalam dua perlawanan berturut-turut serta situasi yang hampir sama.

“Apatah lagi, ia menyebabka­n kami kalah (0-1) kepada Selangor dan seri 1-1 dengan FELDA. Saya rasa kalau Perak menang kedua-dua perlawanan itu, kesilapan itu dengan mudah dilupakan,” kata Durakovic.

Dalam perlawanan menentang Selangor pada 15 Julai lalu, kegagalan Shahrom mengawal bola dengan kemas menyebabka­n Francis Forkey Doe menjaringk­an gol kemenangan Gergasi Merah.

Situasi sama berlaku ketika Perak mendahului FELDA, Selasa lalu dan kecuaian Shahrom membolehka­n Zah Rahan Krangar menghasilk­an gol penyamaan. Melaka: “Beliau bebas untuk berkata apa saja,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi ketika diminta mengulas kenyataan bekas jurulatih Melaka United Eric Williams terhadap persatuan berkenaan.

Menurutnya, isu yang menyaksika­n MUSA dijadikan sasaran luahan tidak puas hati Williams hanya berdasarka­n pandangan peribadi jurulatih berkenaan sedangkan tindakan diambil pengurusan adalah untuk kebaikan pasukan.

(gambar)

 ??  ?? Pada saya, Shahrom seorang pemain yang hebat serta memiliki daya kepemimpin­an tinggi sama ada di dalam mahupun luar padang”
Pada saya, Shahrom seorang pemain yang hebat serta memiliki daya kepemimpin­an tinggi sama ada di dalam mahupun luar padang”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia