Harian Metro

MUSA tak kisah apa kata Williams

-

Katanya, peratus kegagalan pasukan lebih tinggi jika MUSA tidak melakukan perubahan.

Yusoff menganggap apa yang diperkatak­an Williams tidak akan memberi ancaman besar buat badan induk itu.

“Kami sudah memberi peluang tujuh bulan yang dikira mencukupi kepada beliau. Keputusan yang kami lakukan itu antara proses meningkatk­an keupayaan pasukan. Sudah pasti semua majikan tidak mahu pasukannya gagal.

“Jika gagal, MUSA pasti dipersalah­kan. Jika berjaya, jarang pujian dihamburka­n kepada badan induk. Berani berubah adalah lebih baik daripada kekal dengan keadaan sama,” katanya.

Baginya, prestasi skuad Hang Tuah yang tidak meyakinkan mendorong tindakan penamatan kontrak jurulatih terbabit dan Williams diberi pilihan sama ada mahu kekal melatih skuad Piala Presiden atau diberi pampasan tiga bulan gaji.

Yusoff mendedahka­n sebahagian besar pemain ada bertemu dengannya dan menuntut Williams disingkirk­an.

Justeru, fokus MUSA kini terarah untuk memastikan kejayaan pasukan dan tidak mahu melayan perkara remeh ditimbulka­n Williams.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia