Harian Metro

‘Restu ibu bapa penting’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Apa yang penting sekarang saya mahu lakonan diingati seperti pelakon senior. Walaupun ada segelintir pihak mendakwa pelakon baru tidak pandai berlakon, saya percaya bakat boleh diasah Elvina bersyukur apabila keluarga tumpang gembira dengan pencapaian, beri sokongan penuh

Mula mencipta nama menerusi drama rantaian Cinta Si Wedding Planner, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 22, semakin ligat mengatur langkah.

Bagi bintang utama drama Shhh... I Love You itu, setiap apa yang dikecapi hari ini berkat doa dan restu kedua-dua ibu bapa yang sentiasa mahu melihat dirinya berjaya.

“Saya percaya tanpa restu ibu bapa, seseorang itu sukar meraih kejayaan. Oleh itu, dalam apa juga perkara saya akan mendapatka­n restu orang tua terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pada pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat pengurusan­nya, Mind Order Management di Ampang, Selangor.

Melihat kembara seninya semakin terbuka luas,

Elvina bersyukur dengan pilihannya.

“Alhamdulil­lah, saya buat keputusan yang tepat untuk menceburi bidang seni.

“Walaupun awalnya keluarga kurang senang dengan keputusan ini kerana mahu saya menyambung pengajian, mereka tumpang gembira dan memberikan sokongan penuh apabila nampak kesungguha­n saya.

“Apa yang penting sekarang saya mahu lakonan diingati seperti pelakon senior. Walaupun ada segelintir pihak mendakwa pelakon baru tidak pandai berlakon, saya percaya bakat boleh diasah,” katanya.

Bergelar anak seni bermakna Elvina akan terikat dengan jerat dunia glamor. Sedikit sebanyak hakikat itu membuatkan pelakon cantik ini runsing terutama memikirkan gosip yang pernah menjejaska­n reputasiny­a.

Elvina sedar apabila nama menjadi sebutan, perhatian lebih akan diberikan. Situasi itu pernah dirasainya apabila didakwa mengunjung­i kelab malam dan mabuk tahun lalu.

Ditanya bagaimana dia mendapat kekuatan selepas insiden itu, Elvina berkata dia bersyukur dan berterima kasih kepada pengurusan yang dianggap sebahagian keluargany­a.

“Tanpa sokongan Mind Order saya pasti lemah dan tidak berminat meneruskan kerjaya ini. Kerana mereka, saya tidak mudah melatah sebaliknya bangkit melawan segala ancaman yang cuba merosakkan nama baik saya.

“Sepanjang bersama

Mind Order, saya banyak berkogsi hal kerja dan peribadi. Mereka ibarat keluarga yang menjaga saya dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Elvina juga sedar dengan adanya teknologi canggih, gosip dan kontrovers­i akan cepat tersebar. Oleh itu, dia perlu berhati-hati dan menjaga perilaku.

“Bayangkan perkara yang saya tak buat pun dikatakan saya buat, bagaimana pula kalau memang buat? Tentu parah jadinya.

“Saya mahu dikenali kerana bakat dan bukannya disebabkan gosip atau cerita kurang enak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia